Yang Di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan sembah taklimat berkenaan langkah persediaan menghadapi banjir oleh agensi-agensi kerajaan di Istana Negara, hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia , dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).